Friday, October 26, 2018

Benarkah Pengundi PH Menyesal?

Betul ke pengundi PH menyesal? Susah untuk memberikan jawapan yang tepat kerana perkara ini bergantung kepada keadaan dan sebab sesorang pengundi itu memilih. Jika sekadar untuk menjatuhkan Najib maka hasrat pengundi tersebut mungkin sudah tercapai namun secara mutlaknya ‘jatuh’ itu yang bagaimana?jatuh seperti hilang kuasa sebagai pemerintah?jatuh sebagai seorang banduan?atau lebih teruk dari itu.Pasti ramai yang sudah berpuashati dengan apa yang berlaku terhadap bekas PM itu.

 Namun jika mereka (pengundi PH) memilih kerana janji- janji seperti hal yang berkaitan dengan minyak,tol,kos sara hidup dan cukai mungkin mereka sedang mengalami sedikit penyesalan.Mungkin juga mereka masih memberi harapan kepada PH untuk menunaikan janji-janji yang ditabur. Bertepatan dengan pepatah yang dipegang mereka ‘ takkan hari ini kawin, esok beranak”.Jadi mungkin pepatah ini menjadi azimat untuk terus yakin akan ada perubahan.

 Dilihat pada alasan yang diberi oleh PM sebelum ini bahawa manifesto dibuat tanpa mereka yakin boleh menang rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/431718
 “Memanglah semasa itu kami sangka kami tidak boleh menang (PRU) lalu kami memberikan janji-janji yang kuat, yang kami dapati sukar untuk dilaksankaan pada hari ini.” Tun Mahathir -28 Jun 2018.

Ada juga alasan lain untuk membenarkan manifesto PH tidak dilaksanakan dengan beralasan ketidak cukupan data semasa dibuat oleh mereka rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/434771
 “Masa menulis banyak maklumat tidak ada sebab tiada akses kepada pegawai kerajaan kerana kerajaan sebelum ini tidak benarkan.” Wan Saiful Wan Jan Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar Parti Pribumi Bersatu - 18 Jul 2018.

Dengan alasan-alasan yang diberikan itu memberi sedikit kekuatan kepada pengundi yang mengundi semata mata kerana manifesto kerana mereka yakin “berakit rakit kehulu berenang renang ketepian”. Mereka mampu menelan alasan alasan tersebut walaupun sedikit kepahitan kerana adakalanya yang pahit itu menjadi penawar.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis pengundi PH diantara yang terbesar jenis yang ingin melihat GST dihapuskan, mungkin mereka sudah cukup gembira setelah GST dikebumikan dan diganti dengan SST.Pengundi jenis ini tidak akan menyesal kerana SST tiada dalam resit (?) dan barangan akan menjadi murah,(”barang akan jadi lebihh murah”) .Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/07/sst-akan-kurangkan-harga-barang-kata-tony-pua/ 
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/291-harga-barang-turun-selepas-pelaksanaan-sst-188480

Pengundi jenis yang ingin melihat tumbangnya BN kerana bagi mereka BN adalah sisi jahat,perasuah,rasis dan segala macam salah laku.Mereka juga sudah merayakan kejayaan ini dan mereka tidak akan menyesal atau bersedih walaupun ekonomi tidak dapat dipacu dengan baik, pelabur pelabur kurang yakin, ringgit menyusut dan pelbagai projek dibatalkan. Kesannya ramai yang diberhentikan kerja dan berkurangnya peluang pekerjaan tidak seperti yang dijanjikan sebelum ini untuk menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/25/janji-sejuta-peluang-pekerjaan-rumah-setiap-keluarga-oleh-pemuda-ph/

https://www.malaysiakini.com/news/446466 

https://asia.nikkei.com/Politics/Malaysia-in-transition/Mahathir-s-economic-vision-a-hard-sell-for-investors

 Ramai dikalangan pemandu teksi yang marah dengan kerajaan BN dahulu kerana tidak Berjaya menangani pesaing teksi iaitu Grab. Majoriti pemandu teksi mengundi PH dengan harapan PH dapat membela nasib majoriti pemandu teksi. Sudah 6 bulan berlalu nasib pemandu teksi tetap tidak terbela, jika diperhatikan lebih teruk berbanding dengan dahulu.Belum pun sampai 5 tahun mereka sudah mula mengadakan protes terhadap kerajaan PH kerana mungkin mereka tidak berpegang pada kata kata azimat “takkan kawin hari ini, esok dah beranak”

Mereka sebenarnya ingin mencuba melakukan pertukaran agar nasib dan kehidupan pemandu teksi menjadi lebih terbela. Realitinya Grab adalah masa depan yang sukar untuk disekat cuma yang mampu hanyalah memberi janji janji kosong.
 Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-teksi-sokong-ph-saya-akan-ugut-lebih-lagi-shamsubahrin-165386

 Kesimpulan yang boleh dibuat peratusan yang menyesal adalah terlalu sedikit berbanding dengan marahnya rakyat kepada BN ini boleh dilihat terhadap sokongan pada pilihanraya kecil yang telah dibuat di Sg. Kandis, Balakong, Seri Setia dan yang terbaru di Port Dikson. Kesemua pilihanraya tersebut PH menang bergaya walaupun peratusan keluar mengundi rendah.
 Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-politik/pilihan-raya-kecil-pengaruh-ph-sukar-digugat-182490

 Ini adalah kerana rakyat inginkan perubahan dan sekarang perubahan itu telah berlaku dan sedang berlaku, samada ia semakin baik atau semakin buruk ia tetap (sedang) berubah kesannya sudah dirasai. Rakyat perlu menelan alasan hutang 1 trilion dan akan membantutkan segala peruntukkan dan bantuan untuk rakyat.

No comments: